MGPerak: Inovasi Kuih Tradisional, ‘Denderam Kopi‘ Produk Terbaharu Dodol Warisan Cikgu Anjang

KUIH tradisional denderam kini diberi nafas baharu apabila Dodol Warisan Cikgu Anjang memperkenalkan produk terbaharunya iaitu denderam kopi, hasil inovasi dan olahan resipi sendiri oleh pengusahanya, Muhammad Khairudin Md Azmi.