MGPerak: Perak Beri Jaminan Keadaan Tiga Gajah Dihantar Ke Jepun Dipantau – Exco

39

Kerajaan Perak akan memberi jaminan dan memantau secara rapi keadaan tiga ekor gajah dari Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) yang dihantar ke Jepun bagi memastikan kebajikan haiwan berkenaan terus terpelihara.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, tiga gajah berkenaan yang dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat dihantar ke Tennoji Zoo di Osaka sebagai sebahagian daripada kerjasama dua hala yang telah dirancang sejak tahun 2022.

Katanya, minat untuk mendapatkan gajah dari Malaysia telah disuarakan pihak zoo berkenaan dan proses itu diselaraskan melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bersama pihak pengurusan zoo. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #Gajah #zootaiping #tennnojizoo

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini