Perak salur RM20,000 kepada Iskandarian

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyalurkan peruntukan sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah Parit (Iskandarian), pada Sabtu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia disalurkan bagi tujuan kebajikan persatuan serta kepada usaha pembangunan modal insan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan Iskandar Shah.

Perak salur RM20,000 kepada Iskandarian kerajaan negeri persatuan saarani pendidikan kebajikan sekolah iskandar shah parit
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Makan Malam Iskandarian 2024 bersama Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

“Kerajaan negeri mempunyai peruntukan yang boleh disalurkan kepada sekolah yang dilihat kepada keadaan memerlukan.

“Dan pada pandangan saya, kita boleh salurkan wang (kepada Iskandarian) bagi tujuan mengadakan program-program berkaitan kecemerlangan akademik seperti untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya berharap peruntukan yang disalurkan ini juga dapat membantu perjalanan persatuan untuk terus membuat kebajikan,” katanya.

Perak salur RM20,000 kepada Iskandarian kerajaan negeri persatuan saarani pendidikan kebajikan sekolah iskandar shah parit
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika gimik perasmian Majlis Makan Malam Iskandarian 2024 bersama Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Majlis Makan Malam Iskandarian 2024 di Hotel Casuarina@Meru, dekat sini, yang turut dihadiri Presiden Iskandarian Datuk Ismail Kamaruddin, malam tadi.

Majlis dianjurkan sebagai usaha mengumpul kembali para bekas penuntut, bekas pengetua, guru besar, dan guru-guru SMK dan SK Iskandar Shah, Parit.

Ia juga diadakan sebagai memperingati sejarah penubuhan sekolah yang telah menjangkau usia 75 tahun.

Perak salur RM20,000 kepada Iskandarian kerajaan negeri persatuan saarani pendidikan kebajikan sekolah iskandar shah parit
Suasana sekitar Majlis Makan Malam Iskandarian 2024 bersama Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Dalam pada itu, Saarani berkata, inisiatif Tui­syen Cikgu Saarani (TCS) juga sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam membangunkan sektor pendidikan sekolah-sekolah di Perak.

Kata beliau, usaha yang dijalankan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030 itu memberi fokus kepada pelajar yang mengambil peperiksaan awam iaitu SPM, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Melalui TCS, kita ada menyediakan bantuan makanan percuma selama 20 hari sepanjang peperiksaan, kelas tambahan dan tuisyen kepada pelajar.

“Setiap tahun, calon-calon peperiksaan awam ini akan menikmati inisiatif yang kita jalankan itu,” katanya lagi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir ke Majlis Makan Malam Iskandarian 2024 bersama Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Iskandar Shah, Parit di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Pada masa sama, beliau juga berharap kejayaan-kejayaan pelajar ini pada masa hadapan akan membantu memenuhi hasrat kerajaan negeri ketika ini melalui pembangunan modal insan.

Jelas Saarani, ia termasuk kepada menyumbang kepada pembangunan projek mega di Perak seperti Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim; Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC),serta Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP).

Beliau berkata, kerancakan pembangunan projek-projek mega itu merupakan sebagai usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan seberapa banyak peluang pekerjaan bagi memastikan tenaga tempatan tidak keluar dari negeri ini. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

UPSI bentuk pasukan petugas bangunkan pendidikan AI

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI