1.06 juta penduduk Perak daftar padu setakat 30 Mac 2024

GOPENG – Seramai 1.06 juta penduduk di Perak telah berjaya mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat jam 12 tengah malam pada Sabtu.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, jumlah itu melebihi 50 peratus daripada keseluruhan 1.8 juta penduduk negeri ini yang layak mengisi PADU.

“Kita dapat melihat perkembangan positif dalam sehari dua ini sebelum PADU ditutup dan walaupun tidak secara keseluruhan tetapi rakyat mulai ramai mendaftar dalam sistem PADU ini.

“Saya yakin, mana-mana individu yang keciciran dalam pendaftaran ini, kerajaan mempunyai mekanisme tertentu bagi menanganinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Meriah Beraya Sejahtera Bersama di Pasar Raya Mydin, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak di sini pada Ahad.

Dalam program itu, seramai 214 individu kalangan golongan B40 diraikan menerusi pemberian baucar RM150 kepada setiap penerima bagi penyediaan kelengkapan Aidilfitri tahun ini.

Mohd Azlan juga berharap mana-mana individu yang masih belum mengemas kini data dan maklumat dalam sistem PADU supaya berbuat demikian sebelum pendaftaran ditutup pada hari ini.

“Kita harap semua yang belum mengemas kini data dan maklumat dalam sistem PADU berbuat demikian hari ini sama ada melalui kaunter fizikal yang disediakan di seluruh negeri atau melayari portal PADU secara atas talian, katanya.

Ditanya mengenai cadangan beliau agar tempoh pendaftaran PADU dilanjutkan bagi memberi peluang kepada semua warga negara mendaftar Mohd Azlan berkata, lanjutan tempoh itu tidak diteruskan dan pendaftaran sistem PADU berakhir pada 31 Mac 2024.

“Kita faham, ada masa-masa telah diperuntukan. Dalam perkara ini, mungkin kerajaan ada strategi lain yang telah disusun,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pendaftaran PADU di Perak sekitar 5.7 peratus – DOSM Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI