IPOH – Sebanyak 10 unit rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Lorong Sungai Tapah, Kampung Manjoi, pada petang Ahad.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kebakaran itu sekitar jam 4.49 petang dan tiba di lokasi pada jam 5.05 petang.
Menurutnya, kebakaran itu melibatkan satu lot tanah yang telah dibahagikan kepada 10 unit rumah untuk disewakan.
“Enam unit rumah tersebut berpenghuni manakala empat lagi tidak berpenghuni dan kemusnahan dianggarkan 90 peratus serta tidak melibatkan mangsa.
“Ketua operasi mengarahkan anggota memakai peralatan pelindung diri (PPE) lengkap dan membuat pemadaman sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam tadi.
Beliau berkata, seramai 37 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya yang turut dibantu pasukan BBP Pasir Putih, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Chemor, Menglembu dan Pekan Baru. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
PM sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tambun