100 pekerja kilang berpiket, kesal tindakan majikan

IPOH – Kira-kira 100 pekerja kilang mengadakan piket secara aman di Kawasan Perindustrian Tasek, dekat sini, pada Isnin.

Ia berikutan tindakan pihak majikan yang didakwa memfailkan kes-kes berkaitan dengan tuntutan pekerja kepada Jabatan Pengusahaan Perhubungan tanpa pengetahuan pihak kesatuan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi dan Hal Ehwal Masyarakat India Negeri Perak, A Sivanesan berkata, hasil perbincangan mendapati, pihak majikan tidak bersetuju dengan 11 perkara yang digariskan dalam Perjanjian Bersama (CA) dengan pekerja.

pekerja majikan kilang piket berpiket tasek Kawasan Perindustrian Tasek Ipoh A Sivanesan Perak Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Simen
Suasana di luar sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh, hari ini susulan tindakan sekumpulan pekerja membuat bantahan terhadap perjanjian-perjanjian yang didakwa tidak dipersetujui majikan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

“Menurut majikan, perkara-perkara yang dinyatakan dalam CA itu mempunyai implikasi kewangan, susulan arahan gaji minimum akan dikuatkuasakan Mei nanti.

“Justeru, pada 1 April lalu, pihak syarikat telah membuat aduan di bawah seksyen 18(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk mengadakan perbincangan di peringkat jabatan pengusahaan,” katanya.

pekerja majikan kilang piket berpiket tasek Kawasan Perindustrian Tasek Ipoh A Sivanesan Perak Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Simen
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan pada sesi sidang media berkenaan susulan tindakan sekumpulan pekerja membuat bantahan terhadap perjanjian-perjanjian yang didakwa tidak dipersetujui majikan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.
Suasana di luar sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh, hari ini susulan tindakan sekumpulan pekerja membuat bantahan terhadap perjanjian-perjanjian yang didakwa tidak dipersetujui majikan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir ke kilang terbabit dan mengadakan pertemuan antara pihak majikan dengan kesatuan pekerja kira-kira 40 minit, di sini.

Tambah Sivanesan, pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan memberi tempoh selama dua minggu kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan isu tersebut.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan hadir ke sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh, hari ini susulan tindakan sekumpulan pekerja membuat bantahan terhadap perjanjian-perjanjian yang didakwa tidak dipersetujui majikan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Simen, P Thamotharan berkata, pada awalnya pihak syarikat dan kesatuan telah mengadakan rundingan bersama berhubung perkara yang digariskan dalam CA.

Namun katanya, pihak majikan tidak bersetuju ke atas 11 perkara termasuk berkaitan dengan soal cuti sakit, pelarasan gaji pokok dan perubatan.

pekerja majikan kilang piket berpiket tasek Kawasan Perindustrian Tasek Ipoh A Sivanesan Perak Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Simen
Suasana di luar sebuah kilang simen di Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh, hari ini susulan tindakan sekumpulan pekerja membuat bantahan terhadap perjanjian-perjanjian yang didakwa tidak dipersetujui majikan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Simen (CIEU), P. Thamotharan pada sesi sidang media berkenaan susulan tindakan sekumpulan pekerja membuat bantahan terhadap perjanjian-perjanjian yang didakwa tidak dipersetujui majikan. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 APRIL 2024.

“Tiba-tiba, pada 19 April, saya dipanggil oleh pengurusan syarikat untuk mengambil satu salinan notis. Dan saya lihat majikan telah failkan kes (tanpa pengetahuan kami), jadi perkara itu menghampakan kesatuan.

“Syarikat seharusnya berkomunikasi dengan kita. Apa jua perkara pun perlu ada dua pihak bersemuka dan bincang bersama untuk kebaikan bagi semua pihak,” ujar beliau. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Geran pemadanan bantu pesawah miliki kilang proses padi skala kecil

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI