1,000 jemaah tunai solat tarawih di Masjid Sultan Idris Shah II

IPOH – Jendela Ramadan 1446 Hijrah dibuka dengan umat Islam mula menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid mahupun surau di seluruh negara.

Mengambil semangat bulan mulia itu, kira-kira 1,000 jemaah hadir menunaikan solat sunat tarawih di Masjid Sultan Idris Shah II yang juga Masjid Negeri Perak, dekat sini, pada Sabtu.

Solat sunat 20 rakaat yang diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abd Farid Salleh itu turut disertai jemaah dalam kalangan penduduk setempat, penjawat awam, pelajar dan sebagainya.

Ia turut disertai Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Timbalan Ketua Polis Perak Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat.

Solat tarawih di Perak Jemaah Solat sunat tarawih Masjid Negeri Perak Ramadan 1446H di Perak Masjid Sultan Idris Shah II Ipoh Jadual solat tarawih Perak Puasa di Malaysia 2025 Tarikh mula puasa Malaysia
Umat islam menunaikan solat sunat Tarawih pertama sempena Ramadan 1446H. Umat Islam di Malaysia akan menjalani ibadah puasa bermula esok ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Masjid Sultan Idris II (Masjid Negeri), Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 MAC 2025.

Umat Islam di negara ini mula berpuasa pada Ahad selepas ia diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Peniaga bazar Ramadan jamin makanan disediakan bersih, selamat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI