101 mangsa banjir ditempatkan di dua PPS di Gerik

IPOH – Seramai 101 mangsa daripada 37 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hulu Perak selepas beberapa kawasan dinaiki air sejak awal pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan, dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Gerik telah dibuka sejak pukul 1 pagi pada Sabtu.

Katanya, ia berikutan bencana banjir yang melanda tiga kampung, iaitu Kampung Badaring, Kampung Sira Panas, dan Kampung Padang.

“Seramai 64 orang daripada 21 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Basia Lama manakala 37 mangsa daripada 16 keluarga berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Gerik,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan kebanyakan daerah termasuk Larut, Matang dan Selama, Kerian, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang dijangka mengalami ribut petir dan hujan pada sebelah petang dan malam ini. -BERNAMA

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI