107 mangsa banjir masih ditempatkan di tiga PPS di Taiping

IPOH – Seramai 107 mangsa banjir daripada 33 keluarga masih ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) setakat jam 8 pagi pada Ahad.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, jumlah berkenaan merekodkan penurunan berbanding 120 mangsa pada jam 8 malam pada Sabtu.

Katanya kesemua mangsa ditempatkan di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang, SK Matang dan SK Matang Gelugor di Taiping.

“Seramai 22 mangsa dari Taman Mawar, Taman Simpang Makmur, Taman Indah, Taman Kota Jaya dan Kampung Jelapang Jaya masih ditempatkan di PPS SK Simpang, Taiping.

“Sementara itu, SK Matang Taiping menempatkan 38 mangsa dari Kampung Matang Jambu dan Kampung Telok Kertang manakala 47 mangsa dari Kampung Matang Pasir dan Kampung Matang Gelugor ditempatkan di SK Matang Gelugor,” katanya dalam kenyataan.

MG Perak pada Sabtu melaporkan seramai 210 mangsa banjir daripada 68 buah keluarga dipindahkan ke empat PPS di daerah LMS selepas kediaman mereka dinaiki air berikutan hujan lebat pada Jumaat malam. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI