109 terperangkap, tiga jambatan runtuh akibat empangan pecah

TANJUNG MALIM – Seramai 109 mangsa terperangkap di empat kawasan penempatan termasuk dua kawasan rekreasi susulan kejadian jambatan runtuh ekoran hujan lebat berpanjangan di sekitar Slim River, dekat sini, pada Jumaat.

Kawasan berkenaan adalah Kampung Sungai Bil, Slim Village; Sir Zulkifli Campsite Sungai Bil; Kampung Pasir Ulu Slim, serta Eco Park Risda.

Difahamkan dalam kejadian sekitar jam 6.45 petang, tiga jambatan yang menghubungkan keempat-empat kawasan itu runtuh dipercayai akibat Empangan Slim River yang pecah.

Tiga jambatan berkenaan adalah Jambatan Jalan Utama Slim Village; Jambatan Ulu Slim serta Jambatan Kampung Piong Sungai Bil.

Difahamkan sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Masjid Jamek Kampung Pasir bagi menempatkan mangsa-mangsa yang terlibat.

Turut difahamkan, situasi di lokasi masih hujan di samping air sungai masih deras sejak petang tadi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Banjir di Perak pulih, dua PPS ditutup

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI