11 bekas atlet, penggiat sukan Perak terima sumbangan lebih RM30,000

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menerusi Unit Kebajikan Bekas Atlet Perak (UKBAP) menyampaikan sumbangan berjumlah RM34,500 kepada 11 bekas atlet dan penggiat sukan negeri, pada Selasa.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, inisiatif itu sebagai usaha menghargai jasa dan sumbangan mereka yang telah mengharumkan nama negeri dalam pelbagai kejohanan sukan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah pada sidang media Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Bekas Atlet/Penggiat Sukan Negeri Perak di Majlis Sukan Negeri Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 OKTOBER 2025.

Katanya, program ini memberi bantuan kebajikan bersasar kepada bekas atlet dan penggiat sukan yang memerlukan termasuk bantuan kewangan serta sokongan setelah menghadapi kesukaran dalam hidup.

“Mereka yang layak menerima bantuan termasuk individu yang ditimpa kemalangan atau kecederaan serius; mengalami masalah kesihatan serius atau kehilangan sumber pendapatan, serta berdepan kesempitan hidup akibat musibah keluarga atau bencana.

“Melalui pelaksanaan program kebajikan ini, mereka menerima sumbangan kewangan sekali bayar sebagai bantuan segera.

“Selain itu, program turut menyediakan sokongan moral dan jaringan kebajikan untuk membantu penerima meneruskan kehidupan,” katanya.

Bekas atlet Perak terima sumbangan Khairudin Abu Hanipah, Majlis Sukan Negeri Perak, Unit Kebajikan Bekas Atlet Perak, MSN Perak, bantuan kebajikan atlet, kerajaan negeri Perak, penggiat sukan Perak, sumbangan atlet
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah menyantuni bekas atlet pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Bekas Atlet/Penggiat Sukan Negeri Perak di Majlis Sukan Negeri Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 OKTOBER 2025.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Bekas Atlet dan Penggiat Sukan Negeri Perak di Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak, dekat sini, pada Selasa.

Tambah Khairudin, melalui inisiatif sama, ia juga akan mewujudkan ekosistem sukan yang seimbang, bukan hanya fokus pada prestasi, tetapi juga kesejahteraan dan kebajikan.

Kata beliau, malah program ity juga menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara kerajaan negeri, MSN dan komuniti sukan.

Bekas atlet Perak terima sumbangan Khairudin Abu Hanipah, Majlis Sukan Negeri Perak, Unit Kebajikan Bekas Atlet Perak, MSN Perak, bantuan kebajikan atlet, kerajaan negeri Perak, penggiat sukan Perak, sumbangan atlet
Bekas pengurus pasukan bola sepak negeri Perak, Mohd Zakaria Mohamed ketika ditemubual media pada Majlis Penyerahan Sumbangan Kebajikan Bekas Atlet/Penggiat Sukan Negeri Perak di Majlis Sukan Negeri Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 OKTOBER 2025.

Khairudin berkata, program sumbangan itu memberi tumpuan kepada semua penggiat sukan di bawah MSN yang meliputi atlet aktif dan bekas atlet yang pernah mewakili negeri atau negara; jurulatih dan pegawai pasukan serta penggiat sukan.

“Sejak Januari hingga bulan ini, kita telah menyerahkan sumbangan tunai kepada 15 penerima dan setiap daripada mereka menerima jumlah sumbangan yang berbeza mengikut keperluan,” katanya.

Pada majlis Khairudin menyampaikan sumbangan kerajaan negeri termasuk kepada bekast atlet dan jurulatih hoki, Mohd Ezral Ariff; bekas atlet olahraga, G Saravanan; serta bekas atlet Jiu Jitsu, Queenie Cheah Siao Quen.

Salah seorang penerima lain, Mohd Zakaria Mohamed ketika ditemui berkata, beliau menyambut baik usaha yang digerakkan kerajaan negeri dan MSN dalam membela nasib bekas-bekas atlet dan penggiat sukan di Perak.

“Apa yang diusahakan oleh kerajaan negeri serta MSN Perak ni amat baik untuk terutamanya dalam memberi perhatian kepada bekas-bekas atlet yang telah mengharumkan nama Perak.

“Saya harap perkara ini berterusan agar tidak berhenti setakat ini sahaja,” katanya yang juga bekas pengurus Pasukan Bola Sepak Perak sekitar tahun 70an dan 80an. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

IPT di Perak wajar hargai kecemerlangan atlet – xco

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI