11 pekerja sesak nafas, bahan kimia tumpah di kilang

TANJUNG MALIM – Seramai 11 orang pekerja sebuah kilang di Bandar Proton (Proton City) mengalami sesak nafas dan pedih mata selepas berlaku kejadian tumpahan bahan kimia sebanyak 15 liter di sini pada Khamis.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.42 tengah hari.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kita mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran pada sistem paip di premis berkenaan yang mengakibatkan tumpahan bahan kimia jenis isocyanates dianggarkan sebanyak 15 liter.

11 pekerja sesak nafas, bahan kimia tumpah di kilang
Keadaan sebuah kilang di Bandar Proton (Proton City), Tanjung Malim yang mengalami tumpahan bahan kimia sebanyak 15 liter sehingga menyebabkan 11 pekerja mengalami sesak nafas dan pedih mata, pada Khamis.

“Kesemua 11 mangsa yang terlibat mengalami simptom sesak nafas dan pedih mata dan mereka telah dihantar ke klinik berhampiran sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pihaknya telah berhubung dengan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) untuk mendapatkan panduan serta prosedur kerja-kerja pembersihan.

“Kebocoran pada sistem paip telah berjaya ditutup, dan kerja-kerja pembersihan tumpahan kimia dijalankan menggunakan pasir mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan,” ujarnya.

Katanya, operasi pembersihan dan pemantauan di lokasi masih dijalankan sehingga keadaan disahkan selamat sepenuhnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pemandu van penghantaran didenda RM8,000, sebabkan kemalangan tujuh kenderaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI