12 GRO dicekup ketika leka layan pelanggan

IPOH – Seramai 12 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di dalam daerah Kinta dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak pada malam Rabu.

Mereka antara 33 pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan anggota dan pegawai Bahagian Penguat Kuasa JIM Imigresen Ipoh menerusi Ops Gegar, Ops Selera dan Ops minyak di  tiga lokasi berbeza sekitar daerah itu dilakukan bermula jam 7 malam semalam hingga 12.20 tengah malam tadi.

Serbuan itu melibatkan 15 orang pegawai Bahagian Penguat kuasa Imigresen Ipoh itu dibuat berdasarkan aduan, pemantauan serta risikan yang dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi Imigresen Perak di premis tersebut.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, ketika serbuan dijalankan, kesemua GRO warga Vietnam itu tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa sebelum gagal untuk melarikan diri.

Menurutnya, empat lelaki warga Myanmar yang bekerja sebagai pelayan bar turut ditahan di premis hiburan berkenaan.

“Selain itu, kita turut menahan 12 orang pekerja restoran dan lima orang pekerja kedai cuci kereta warga asing di dua lokasi berbeza.

“Sebanyak tujuh Borang IMM.29 (Saman kepada Saksi) dikeluarkan kepada majikan sepanjang tempoh pemeriksaan dibuat.

“Serbuan dibuat berdasarkan aduan, pemantauan dan risikan yang dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi JIM Perak di premis-premis berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, seramai 62 orang diperiksa dan daripada jumlah itu, seramai 33 orang warga asing terdiri daripada 20 lelaki dan 13 wanita berusia antara 17 hingga 40 tahun ditahan.

“Mereka yang ditahan terdiri dari negara Vietnam, Myanmar, India, Bangladesh, Sri Lanka dan Nepal,” jelasnya.

Katanya, kesemua warga asing tersebut ditahan di Depot Imigresen Ipoh untuk disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

JIM Perak tahan 46 PATI di lima restoran, sebuah kilang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI