12 motosikal terbakar di hadapan rumah

PARIT – Sebanyak 12 unit motosikal yang diletakkan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Tanjung Medan, Layang Kiri di sini terbakar, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada  jam 3.39 pagi.

Menurutnya, seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan kerja-kerja memadam kebakaran.

“Ketika tiba di lokasi kejadian didapati 12 motosikal pelbagai jenama musnah dalam kebakaran.

“Motosikal yang terbakar melibatkan jenama Yamaha LC empat unit (4), Yamaha LC135 (1), Yamaha Y15 (1), Honda Wave 110 (2), Honda EX5 (2), Modenas Kriss (1) dan SRV (1).

“Ketua operasi melaksanakan pemeriksaan (size-up) seterusnya mengarahkan anggota untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan di lokasi kebakaran sehingga benar-benar pasti tiada punca kebakaran berulang semula,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kebakaran itu tidak melibatkan struktur dan tiada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Operasi terkawal pada jam 4.10 pagi dan tamat sepenuhnya jam 4.52 pagi,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut kemalangan, motosikal terbakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI