12 penumpang cemas bas dinaiki terbabas

ISKANDAR PUTERI – Kira-kira 12 penumpang termasuk pemandu bas bernasib baik apabila kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar pondok polis di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Ibrahim Mat Som berkata, kejadian berlaku di laluan bas KSAB itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang.

Katanya hasil siasatan mendapati punca kemalangan disebabkan daripada kerosakan brek.

“Kes disiasat di bawah Kaedah 10(A)(1) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (LN 166/59).

“Kesalahan itu juga boleh membawa denda RM300 jika sabit kesalahan” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sebelum ini tular dalam media sosial sebuah bas penumpang melanggar pondok polis di Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LinKedua) dekat sini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI