13 kematian akibat demam denggi di Perak

IPOH – Perak mencatatkan jumlah peningkatan kematian akibat kes denggi dengan 13 kematian dicatatkan pada tahun ini berbanding hanya satu kematian dicatatkan pada tahun lalu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, jumlah itu termasuk kes kematian terbaharu melibatkan seorang lelaki berusia 46 tahun dari Taman Wing Onn dalam daerah Kinta.

Menurutnya, pada Minggu Epidemiologi ke-40 (ME40) iaitu bagi tempoh 29 September hingga 5 Oktober lalu sebanyak 58 kes demam denggi direkodkan berbanding 102 kes pada minggu yang sama pada tahun 2023.

“Justeru, berlaku pengurangan (kes demam denggi) di negeri Perak. Terdapat penurunan kes yang direkodkan berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu 24 kes.

“Jumlah kumulatif kes demam denggi pada tahun 2024 adalah 5,956 kes berbanding tahun 2023 iaitu 2864 kes pada tempoh yang sama, terdapat peningkatan kes sebanyak 108 peratus (3092 kes).

13 kematian akibat demam denggi di Perak
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan ketika sidang media Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 Peringkat Negeri Perak di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 10 OKTOBER 2024.

“Sebanyak 12 daerah telah merekodkan kes demam denggi pada ME40 dengan Kinta mencatatkan jumlah tertinggi sebanyak 21 kes iaitu kenaikan 36.21 peratus.

“Ini diikuti Larut Matang dan Selama (12) Hulu Perak (enam), Manjung (empat), Kampar (tiga), Batang Padang, Hilir Perak, Kerian, Kuala Kangsar dan Perak Tengah masing-masing dua kes manakala Bagan Datuk dan Muallim pula melaporkan satu kes,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Hari Kesihatan Mental Sedunia anjuran Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Sivanesan berkata, di Perak masih dalam keadaan terkawal dan Jabatan Kesihatan Negeri akan terus berusaha untuk memastikan kes demam denggi dikawal dengan rapi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak rekod 161.9 peratus peningkatan kes denggi, enam kematian

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI