13 Rohingya ditahan sempat minum teh dan jamah biskut

TAPAH – 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohongya yang ditangkap semula di sebuah ladang jambu di Kampung Senta di Bidor pada Sabtu, sempat menjamah biskut dan teh panas sebelum ditahan pihak berkuasa.

Salah seorang pekerja ladang sawit warga Indonesia, Ali Manto, 42, berkata, ketika kejadian hujan lebat dan dia bersama rakan-rakannya terdengar jeritan meminta tolong dari luar pagar ladang berkenaan.

“Saya rasa masa itu sekitar jam 5.00 petang dan hujan lebat, kemudian kawan saya beritahu ada suara menjerit minta tolong lalu kami melihat ke luar pagar.

“Apabila kami lihat ternampak ramai lelaki menggigil sejuk dan letih meminta makanan dan memaklumkan mereka lapar,” katanya ketika ditemui di ladang berkenaan di sini.

13 Rohingya ditahan sempat minum teh dan jamah biskut
Penduduk kampung, Ali Manto, 42, menceritakan kembali saat menemui warga asing dari Myammar etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, Tapah, Khamis lalu, di Ladang Jambu, Kampung Senta, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 FEBRUARI 2024.

Ali berkata, tanpa melengahkan masa dia dan rakan-rakan mempelawa kumpulan berkenaan masuk ke rumah kongsi mereka untuk diberi teh panas bersama biskut dan roti.

“Kami sudah tahu bahawa mereka ini pelarian yang terlepas dari Imigresen sebab kawan saya yang bekerja di Imigresen ada beritahu kalau nampak mereka boleh tangkap dan hubungi dia.

“Jadi saya terus maklumkan kepada mereka kerana ini tempat kerja kami cari makan dan kami tidak mahu orang lain buat hal, semua pun akan susah,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pekerja warga Indonesia dikenali John, 30, berkata, pada awalnya kumpulan tahanan itu mengaku sebagai pekerja ladang dan melarikan diri kerana ditipu majikan.

Penduduk kampung, Ali Manto, 42, menceritakan kembali saat menemui warga asing dari Myammar etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, Tapah, Khamis lalu, di Ladang Jambu, Kampung Senta, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 FEBRUARI 2024.

“Tapi kami tidak terpedaya kerana sudah tahu ini pelarian dan mereka juga tak banyak cakap mungkin sebab keletihan. Mereka hanya maklumkan telah dua hari tidur dalam hutan,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan seramai 41 lelaki yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor telah berjaya ditangkap dalam operasi bersepadu sejak Khamis lalu.

Jumlah yang direkodkan setakat pukul 2 petang itu melibatkan 39 etnik Rohingya dan dua warga Bangladesh. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

32 warga asing berjaya ditahan hari ketiga Op Kesan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI