132 PATI Rohingya lolos dari Depoh Imigresen Sementara Bidor

TAPAH – Seramai 132 pendatang tanpa izin (PATI) dilaporkan melarikan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor di sini, malam tadi.

Menurut sumber, kesemua PATI dipercayai bangsa Rohingya berpakaian preman itu melarikan diri dalam kejadian jam 9.50 malam.

Katanya, seorang daripada PATI berkenaan maut akibat dilanggar kenderaan di Kilometer 335, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bidor, sebentar tadi.

Susulan kejadian itu, Op Tutup dijalankan membabitkan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan bagi menjejaki kesemua mereka.

Berita lanjut menyusul.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI