133 bot nelayan berhias meriahkan Hari Malaysia, lonjak agropelancongan

BUKIT GANTANG – Perarakan dan Pertandingan Bot Berhias Sempena Hari Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Gantang secara tidak langsung menjadikannya sebagai aktiviti agropelancongan yang mampu melonjakkan ekonomi penduduk setempat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, program tersebut memberi peluang kepada komuniti nelayan untuk menterjemahkan semangat patriotik mereka kepada hiasan bot sempena Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan.

Menurutnya, acara itu berlangsung di perairan Sungai Kerang, Kelubong dan juga Bagan Panchor.

Tambahnya, aktiviti memancing turut diadakan melibatkan pemancing-pemancing yang berada di dalam dan luar kawasan ini.

“Acara ini secara tidak langsung dapat mempromosi lokasi tersebut sebagai destinasi agropelancongan untuk pengunjung sama ada dari dalam atau luar Perak.

“Kaki pancing juga boleh singgah untuk melakukan aktiviti memancing di sini. Selain itu, mereka yang berkeluarga contohnya daripada Taiping, Kedah, Penang, Johor dan sebagainya boleh singgah ke sini untuk berkumpul dan bercuti.

133 bot nelayan berhias meriahkan Hari Malaysia, lonjak agropelancongan
Sebahagian daripada 133 bot nelayan yang menyertai Perarakan dan Pertandingan Bot Berhias Sempena Hari Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Gantang di Jeti Sungai Kerang pada Ahad. Foto Abdullah Yusof

“Inilah tujuan kita buat program tersebut supaya aktiviti ekonomi penduduk setempat meningkat dan banyak kedai makan juga mula membangun di sepanjang jalan ke sungai ini.

“Ada kedai makan yang jual ikan sembilang dan pelbagai jenis ikan segar untuk disajikan kepada pengunjung yang singgah di sini.

“Pengusaha-pengusaha kelong juga boleh menambah pendapatan dengan menyewanya kepada pemancing dan menjual umpan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan upacara Perarakan dan Pertandingan Bot Berhias Sempena Hari Malaysia Peringkat Parlimen Bukit Gantang di Jeti Sungai Kerang di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Abu Hussin Hafiz berkata, pertandingan pada kali ini melibatkan 133 penyertaan nelayan dengan hadiah utama yang ditawarkan sebanyak RM10,000. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak lancar ECODOOR.MY portal agropelancongan pertama di Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI