14 Taman Rekreasi MADANI di Ipoh siap hujung Julai

IPOH – Projek pembangunan 14 Taman Rekreasi MADANI yang menelan belanja RM5.4 juta di sekitar bandar raya ini dijangka siap dibina sepenuhnya pada penghujung Julai ini.

Antara taman rekreasi terbabit adalah, Taman Rekreasi MADANI Bandar Baru Putra, Taman Rekreasi MADANI @SPPK Hala Pasir Puteh, Taman Rekreasi MADANI Chepor, serta Taman Rekreasi MADANI Kampung Sungai Rokam.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berucap pada Majlis Perasmian Taman Rekreasi Madani dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Majlis Bandaraya Ipoh dan Kuala Lumpur Kepong Berhad di Taman Rekreasi Canning, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JULAI 2025.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut telah disalurkan kepada Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) pada tahun lalu sebagai inisiatif menaik taraf dan menambah taman-taman rekreasi terbabit.

Katanya, ia merupakan sebahagian daripada peruntukan RM100 juta KPKT dalam usaha membina 100 Taman Rekreasi MADANI di seluruh negara.

Taman Rekreasi MADANI Ipoh taman awam Ipoh, projek KPKT taman rekreasi, Nga Kor Ming taman MADANI, CSR Kuala Lumpur Kepong, Majlis Bandaraya Ipoh, pembangunan rekreasi Perak, projek komuniti hijau
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meninjau taman rekreasi yang telah siap ketika hadir pada Majlis Perasmian Taman Rekreasi Madani di Taman Rekreasi Canning, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JULAI 2025.

“Setiap satu projek Taman Rekreasi MADANI kita memperuntukan sekitar RM500,000, dan selepas melihat perkembangan semasa, saya yakin kita berada di landasan yang betul dalam usaha ini.

“Saya juga difahamkan ada beberapa taman rekreasi di sekitar Ipoh dijangka siap selewat-lewatnya pada Ogos sempena Hari Kemerdekaan.

“Antaranya adalah, Taman Rekreasi Madani Tingkat Kledang di Menglembu; Taman Rekreasi Madani Westpool Park, di Kepayang serta Taman Rekreasi Madani Desa Rishah di Buntong,” katanya.

Taman Rekreasi MADANI Ipoh taman awam Ipoh, projek KPKT taman rekreasi, Nga Kor Ming taman MADANI, CSR Kuala Lumpur Kepong, Majlis Bandaraya Ipoh, pembangunan rekreasi Perak, projek komuniti hijau
Taman Rekreasi Madani yang dirasmikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Rekreasi Canning, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JULAI 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi MADANI Canning Garden di Taman Canning, dekat sini, pada Ahad.

Terdahulu Kor Ming menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) antara Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) dan MBI bagi penyelenggaraan tujuh Taman Rekreasi MADANI dalam tempoh dua tahun.

Taman Rekreasi MADANI yang terlibat adalah di Woodland Park 1 dan 2 di Tambun; Jalan Permai-Jalan Edward Moreira; Bandar Baru Putra; Westpool Park; Pengkalan Barat, dan First Garden.

MoU berkenaan disempurnakan antara Pengerusi Eksekutif KLK, Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyaksikan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pelancaran Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Majlis Bandaraya Ipoh dan Kuala Lumpur Kepong Berhad di Taman Rekreasi Madani Canning, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 JULAI 2025.

Mengulas lanjut Kor Ming memberitahu, taman rekreasi berkenaan merupakan Taman Rekreasi MADANI ke-14 bagi di Ipoh dan ke-133 di seluruh negara.

Kata beliau, inisiatif CSR yang digerakkan KLK melalui MoU berkenaan harus dijadikan ikutan pelbagai pihak swasta lain dalam turut sama menyumbang kembali kepada komuniti setempat.

“Usaha menambah dan menaik taraf taman-taman rekreasi ini bukan sahaja dapat mengindahkan kawasan sekitar, malah mampu menjadi terapi bagi penduduk setempat untuk beriadah atau mencari ketenangan jiwa,” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

KPKT sasar bina 50 taman rekreasi awam setahun

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI