150 syarikat di Perak terima manfaat program pembangunan fasiliti perdagangan MATRADE

IPOH – Sebanyak 150 syarikat di Perak telah menerima manfaat dari program pembangunan pengeksport dan fasilitasi perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi tempoh 2024 hingga Mei tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, geran berjumlah RM1.76 juta telah disalurkan kepada syarikat-syarikat di Perak.

Menurutnya, Perak juga telah berjaya menjana jualan eksport sebanyak RM124.62 juta.

“Setakat 31 Mei tahun ini, sebanyak 13,535 syarikat dari seluruh Malaysia telah berdaftar dengan MATRADE.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 595 atau 4 peratus adalah syarikat-syarikat dari negeri Perak.

“Syabas diucapkan kepada syarikat-syarikat Perak dan saya berharap lebih ramai lagi akan mengambil bahagian dalam program-program MATRADE yang akan dijalankan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutup Hari Eksport Perak 2025 yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, pada Rabu.

150 syarikat di Perak terima manfaat program pembangunan fasiliti perdagangan MATRADE
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada Majlis Perasmian Hari Eksport Perak 2025 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 JUN 2025.

Dalam pada itu, Reezal Merican turut menjemput Perak untuk menyertai Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)@Shanghai dengan membawa syarikat-syarikat Perak bagi mempromosikan produk halal yang dihasilkan di negeri Perak ke pasaran global.

“MIHAS 2024 disertai oleh 21 pempamer dari syarikat negeri Perak dan menjana hasil jualan eksport sebanyak RM352.5 juta.

“Sebanyak 26 syarikat Perak yang turut menyertai Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) kami, telah berjaya menjana jualan eksport sebanyak RM172.6 juta,” ujarnya.

Beliau berkata, kejayaan tersebut adalah bukti permintaan positif untuk produk syarikat Perak.

“Sehubungan itu, kami juga ingin menjemput komuniti perniagaan di Perak untuk menyertai dan melawat MIHAS 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur dari 17 hingga 20 September ini,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tembus pasaran antarabangsa, 120 usahawan Perak catat jualan RM2 juta

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI