152 pelajar tahfiz ‘fast track’ USAS cemerlang SPM

KUALA KANGSAR – Seramai 152 pelajar tahfiz yang menyertai program ‘fast track’ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dekat sini, memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu, seperti diumumkan pada Isnin.

USAS dalam satu kenyataan memaklumkan, kesemua pelajar dari Pusat Kecemerlangan USAS (UBC) itu memperoleh pencapaian 99.3 peratus lulus dalam keputusan SPM 2023.

Katanya, ia membuktikan bahawa pelajar lulusan tahfiz memiliki potensi dan boleh bersaing secara sihat dengan pelajar lain dalam lapangan akademik.

“Daripada 152 pelajar, seramai 91.0 peratus memperoleh kadar lulus SPM dengan mendapat tiga kredit termasuk bagi subjek Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Manakala, 68.4 peratus berjaya memperoleh kadar lulus kelayakan memiliki sijil SPM dengan mendapati lima kredit yang turut meliputi subjek sama,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Menurutnya lagi, antara pelajar cemerlang SPM 2023 bagi program berkenaan adalah, Ahmad Fadhlan Hafiz Ahmad Yasri, 19, yang memperoleh 8A 1B; Nurul Atiqah Shahabudin, 26, (8A) serta Nureen Afriena Zahra Addinass, 23, (8A).

Tambah kenyataan sama, mengikut pecahan subjek, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam masing-masing diperoleh 100 peratus lulus.

Katanya ia diikuti dengan subjek Sejarah, Bahasa Inggeris, Sains, Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiyah serta Tasawur Islam yang diperoleh lebih 90 peratus kadar lulus.

“Keyajaan ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar aliran tahfiz Al-Quran mampu bersaing dan berusaha mencapai keputusan yang cemerlang walaupun belajar dalam tempoh yang singkat.

“Pihak USAS juga menawarkan tempat secara langsung kepada semua pelajar tamatan SPM UBC yang layak untuk meneruskan pengajian di peringkat asasi dan diploma di USAS.

“Ia supaya mereka dapat melanjutkan pendidikan akademik dalam rangka membina kemampuan dan kejayaan kehidupan masa hadapan yang lebih baik,” katanya lagi.

UBC yang digerakkan USAS sejak tahun 2021 adalah projek penyelamat bagi membuka peluang kepada mana-mana pelajar tahfiz yang belum memiliki SPM.

Kesemua pelajar perlu melalui sesi pembelajaran Tingkatan 4 dan 5 dalam tempoh 10 hingga 12 bulan, termasuk dengan kelas tambahan pada hujung minggu. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

772 calon SPM 2023 dapat semua A di Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI