1,586 mangsa banjir di Perak ditempatkan di 10 PPS

IPOH – Seramai 1,586 mangsa banjir daripada 498 keluarga ditempatkan 10 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah di Perak setakat jam 8 malam pada Isnin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, jumlah berkenaan meningkat daripada 1,398 orang mangsa banjir pada jam 4 petang tadi.

Menurutnya lagi, daerah Kuala Kangsar merekodkan mangsa paling ramai dipindahkan dengan 691 orang daripada 239 keluarga ditempatkan di tiga buah PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lasah, Dewan Pandak Hamzah, Pusat Sehenti Orang Asli (OAOSC) Bawong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) RLKT Lasah sekitar Sungai Siput.

“Daerah kedua yang merekodkan mangsa dipindahkan tertinggi adalah Mualim seramai 580 orang daripada 160 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS iaitu Dewan Kampung Batu 14, SK Slim River dan SK Kuala Slim.

“Daerah Hulu Perak pula merekodkan 211 mangsa daripada 65 keluarga di dua buah PPS iaitu SK Kerunai serta SK Pahit.

“Akhir sekali daerah Kerian mencatatkan seramai 104 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu SK Changkat Lobak dan SK Parit Haji Aman, Bagan Serai,” katanya.

Tambah kenyataan sama, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan Sungai Perak di Kuala Kenderong Hulu Perak telah melepasi paras bahaya dengan bacaan 112.10 meter setakat jam 7 petang tadi. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Banjir di Perak semakin buruk, 625 mangsa dipindahkan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI