18 mangsa nahas Gerik sudah dibenarkan pulang – JKN Perak

KUALA LUMPUR – Setakat jam 10 pagi tadi, seramai 18 mangsa yang terlibat dalam nahas jalan raya di KM 53 Jalan Gerik–Jeli, lebih kurang 7 kilometer dari Titiwangsa menuju ke Gerik, Hulu Perak telah dibenarkan pulang.

Manakala 15 lagi masih dirawat di hospital.

Jumlah itu termasuk 10 orang di Hospital Taiping, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB, 2 orang) dan Hospital Baling (3 orang).

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dalam kenyataan hari ini berkata, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan pelbagai namun tiada mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat ini.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, JKN Perak berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kereta, dengan keseluruhan 48 orang mangsa – terdiri daripada 44 orang dalam bas dan empat lagi dalam kereta.

Pasukan perubatan dan kesihatan daripada fasiliti kesihatan berhampiran iaitu, Hospital Gerik, HRPB, Klinik Kesihatan Lawin, Klinik Kesihatan Plang dan Hospital Baling (JKN Kedah) telah digerakkan segera ke lokasi kejadian.

Seramai 15 mangsa disahkan meninggal dunia, dengan 13 mangsa maut di lokasi kejadian dan dua lagi disahkan meninggal dunia di fasiliti kesihatan (Brought-in-Dead (BID)).

Seramai 33 mangsa cedera telah dibawa ke Hospital Gerik yang mana, 13 mangsa telah dirujuk ke hospital lain iaitu Hospital Taiping (8 kes), HRPB Ipoh (2 kes) dan Hospital Baling (3 kes)

Menurutnya, 13 jenazah telah dibawa ke HRPB untuk proses pengecaman dan bedah siasat bermula jam 11.15 pagi hingga 4.40 petang.

Proses ini melibatkan 1 pasukan antemortem dan 3 pasukan bedah siasat (14 anggota).

Katanya, dua jenazah BID telah dibedah siasat di Hospital Gerik dari jam 1 petang hingga 6 petang oleh pasukan postmortem seramai 7 anggota.

Semua jenazah telah diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian.

JKN Perak bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Perak telah mengaktifkan bilik gerakan bagi menyelaras respons insiden.

Sebanyak 9 pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mental Dan Sokongan Psikolsosial (MHPSS) melibatkan 40 anggota dari peringkat negeri dan daerah telah digerakkan untuk memberi sokongan psikososial kepada mangsa dan keluarga.

JKN Perak berkata, ia akan terus memantau perkembangan insiden ini dan bekerjasama rapat dengan semua agensi berkaitan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI