18 rumah terjejas banjir kilat

TANJUNG MALIM – Sebanyak 18 rumah di Kampung Sri Behrang dekat sini terjejas akibat banjir kilat susulan cuaca hujan lebih 5 jam, pada Ahad

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Muallim dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 10 pagi.

Katanya, hasil penilaian risiko di lokasi mendapati limpahan air sungai berhampiran mengakibatkan rumah penduduk dinaikk air pada paras 1 meter.

“Melihat kepada situasi di lokasi, tiada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka susulan keadaan banjir semakin surut.

“Keadaan semasa cuaca pula adalah renyai,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya lagi, operasi penilaian risiko melibatkan dua pegawai dan empat anggota lain-lain pangkat APM.

“APM Muallim akan mengemaskini laporan berhubung situasi banjir kilat itu dari semasa ke semasa,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Banjir di Perak: 130 masih di PPS

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI