194 mangsa banjir Muallim ditempatkan di dua PPS

MUALLIM – Seramai 194 mangsa banjir di daerah Muallim ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada pagi Isnin.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, ia susulan kejadian banjir yang berlaku akibat hujan lebat di beberapa kawasan sekitar daerah ini.

Menurutnya, PPS tersebut adalah Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah Batu 7 yang menempatkan 31 keluarga melibatkan 126 mangsa manakala sebuah lagi PPS adalah Dewan Orang Ramai Kampung Pasir yang menempatkan 66 mangsa daripada 17 keluarga.

“Mangsa banjir terdiri daripada penduduk di Kampung Sungai Sekiah Batu 7 dan Kampung Pasir di daerah ini,” katanya dalam satu kenyataan pada petang Isnin.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan, aras air di Sungai Bernam berada di tahap bahaya.

“Aras air di Sungai Bernam merekodkan bacaan 27.94 meter berbanding paras normal iaitu 23.50 meter,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, di daerah Hulu Perak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak hanya membuka satu lorong untuk semua kenderaan melalui Jalan Pengkalan Hulu-Betong susulan kejadian runtuhan di kawasan tersebut.

“Manakala bagi Jalan Pagar di daerah sama, hanya kenderaan ringan sahaja yang dibenarkan melalui jalan berkenaan.

“Jalan Selat-Pulau Kebayan dan Jalan Pasir Garam-Pulau Tiga di daerah Perak Tengah pula ditutup sepenuhnya akibat paras air naik setinggi 0.8 meter dan 0.6 meter,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

40 rumah di Lumut, Sitiawan terjejas banjir kilat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI