2.2 juta kenderaan sehari guna lebuh raya PLUS sempena cuti akhir tahun

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan jumlah trafik akan mencecah sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari-hari puncak di rangkaian lebuh raya kendaliannya iaitu pada 19, 20, 22, 23 24, 26 dan 27 Disember 2025 dan 2 Januari 2026.

Sehubungan itu, orang ramai disaran merancang perjalanan lebih awal menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA bagi memastikan kelancaran pergerakan di lebuh raya sempena musim cuti persekolahan akhir tahun, perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baharu 2026 yang akan datang.

Menurutnya, orang ramai disaran merancang perjalanan lebih awal menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA bagi memastikan kelancaran pergerakan masing-masing.

Bagi mengurus peningkatan jumlah kenderaan dan melancarkan pergerakan trafik, PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 30 lokasi-lokasi tumpuan trafik di lebuh raya bagi membantu aliran trafik di lebuh raya sempena musim percutian dan perayaan kali ini.

Pada masa yang sama, pengguna lebuh raya juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi PLUS, Pembantu Maya – PUTRI, mengikuti aplikasi X@plustrafik dan aplikasi X@lpt2trafik, paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menerusi saluran stesen radio utama negara.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 atau LPT2Line di 1800-88-0220 yang beroperasi 24 jam sehari untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.

“Kami juga menasihatkan pengguna lebuh raya supaya menggunakan aplikasi PLUS, aplikasi Waze atau Google Maps untuk merancang dan mendapatkan pelan perjalanan dengan lebih baik pada musim perayaan kali ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI