20 mangsa banjir ditempatkan di PPS

IPOH – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Haji Aman bagi menempatkan 20 mangsa banjir di Daerah Kerian pada Selasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata, PPS berkenaan dibuka pada jam 8 malam tadi.

“Kesemua mangsa berkenaan terdiri daripada tujuh keluarga, yang masing-masing dari dua kampung iaitu Kampung Parit Haji Kalang dan Kampung Parit Air Itam 2 ditempatkan di PPS tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Selain itu menurutnya lagi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air Sungai Perak di Stesen Sungai Rui, Hulu Perak mencatatkan aras amaran dengan bacaan 165.63 meter.

Katanya, sementara Jabatan Metereologi (METMalaysia) meramalkan semua daerah di Negeri Perak mengalami cuaca ribut dan hujan pada sebelah petang sehingga malam. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Hujan lebat, air pasang, sistem saliran, punca banjir di Perak – JPS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI