2,000 peserta meriahkan Hari Rendah Karbon Ipoh 

IPOH – Seramai 2,000 peserta menjayakan program bulanan Hari Rendah Karbon Ipoh (ILCD) anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang diadakan di Dataran MBI, pada Ahad.

MBI menerusi satu kenyataan berkata, program yang masuk siri ke-76 itu melabuhkan tirainya bagi tahun 2024.

Menurutnya, 50 reruai pameran dan jualan daripada pelbagai agensi turut terlibat dalam program tersebut.

“Pada program itu turut diadakan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) Fun Run 2024 melibatkan 500 peserta dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh yang memberi sokongan dan kerjasama menganjurkan acara larian sejauh lima kilometer itu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, kenyataan itu memaklumkan Perak meletakkan matlamat untuk menjadi negeri rendah karbon dalam usaha mengekang fenomena perubahan iklim.

Katanya, kerajaan negeri yakin hasrat untuk Malaysia sifar pelepasan gas rumah kaca menjelang 2050 mampu direalisasikan.

“Langkah mitigasi dan adaptasi dapat mengurangkan impak perubahan iklim dan pemanasan global perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

“Selaras dengan itu reruai Green Energy Asia Asia (GEA) melancarkan kempen Kutipan Minyak Masak Terpakai, bagi membolehkan minyak terpakai diproses untuk ditukarkan kepada biodiesel.

“Peserta yang hadir boleh membawa minyak terpakai dari rumah dan menukarnya dengan wang tunai.

“30 pelanggan terawal yang membuat penjualan minyak masak terpakai berpeluang menerima hadiah misteri daripada GEA,” jelasnya.

Kesemua acara disempurnakan Datuk Bandari Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin bersama Pengarah ILP Ipoh, Azmi Mat.

Artikel Berkaitan:

Terima 30 aduan berkaitan perniagaan kecil Dataran MBI – Rumaizi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI