Perak jangka lebih 20,000 pengunjung hadir pelancaran TMP 2024

BATU GAJAH – Lebih 20,000 pengunjung dijangka memeriahkan majlis pelancaran Tahun Melawat Perak (TMP) 2024 di Silverlakes Vilage Outlet (SVO), kata Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee.

Menurut Sze Yee, Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 turut akan diadakan pada pelancaran TMP 2024 bermula 30 Disember ini sehingga 1 Januari 2024.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Tourism Perak sedang giat menjalankan persiapan bagi memastikan kedua-dua program tersebut berjalan lancar.

“Pemilihan SVO sebagai lokasi program ini adalah bertepatan sebagai mempromosikan produk pelancongan baharu di negeri Perak.

“Ini secara tidak langsung dapat membantu menjana ekonomi negeri khususnya kepada komuniti setempat di sekitar kawasan Batu Gajah, Kampar dan Perak Tengah,” katanya pada sidang media berhubung program berkenaan di SVO, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut Sze Yee berkata, majlis pelancaran TMP 2024 dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ujar beliau, maskot pelancongan baharu dikenali sebagai ‘KOPITA’ iaitu singkatan kopi tarik dan tapir bakal diperkenalkan dan akan dipasangkan bersama maskot terdahulu ‘KOPIRO’.

“Selain itu, Tourism Perak turut menjalinkan kerjasama strategik bersama syarikat-syarikat tempatan seperti Perak FC, Chek Hup,Grab, Canon, Cactus dan HOVID (Ho Yan Hor) untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di setiap platform media sosial syarikat masing-masing.

“Melalui kerjasama strategik yang terjalin ia dapat meningkatkan brand awareness secara meluas kepada pelanggan.

“Jalinan kerjasama strategik bersama syarikat-syarikat tempatan ini dapat memberi penjimatan kepada kerajaan negeri sebanyak RM5 juta,” jelasnya.

Sze Yee berkata, pelbagai pengisian telah diatur bagi menarik lebih ramai pengunjung antaranya Perak Bike Week 2023, Finale Perak Travel Fair, wayang pacak, Pertandingan Muzikustika dan Popstarz, kuiz pelancongan, sharing session dan VPY Fun Run.

“Seramai 50 usahawan dan peniaga kecil dijangka akan menyertai acara ini yang merangkumi jualan makanan, minuman, aksesori, refleksologi dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Tourism Perak telah menyenaraikan lebih daripada 100 acara pelancongan untuk tahun 2024 di peringkat daerah dan negeri dengan tagline ‘Promising Perak’ bagi merancakkan lagi TMP 2024. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Fasa pertama Dinosaur Encounter World rancakkan TMP 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI