209 mangsa banjir di Perak Tengah dipindahkan ke PPS

PARIT – Seramai 209 mangsa daripada 73 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Tiga, di sini, selepas kediaman mereka dinaiki air sejak malam Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa merupakan penduduk dari Kampung Serapoh dan Kampung Buloh Akar.

“PPS SK Simpang Tiga dibuka jam 9 malam tadi bagi menempatkan 73 keluarga yang terjejas banjir.

“Jumlah mangsa masih kekal 209 orang setakat jam 8 pagi ini,” katanya di sini pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, kejadian banjir kilat turut dilaporkan berlaku di kawasan Taman Cempaka Sari di Ipoh berikutan hujan lebat berterusan lebih dua jam.

“Hujan berterusan menyebabkan limpahan air sungai dan longkang ke laluan-laluan utama penduduk kawasan berkenaan.

“Banjir kilat turut dilaporkan di Kampung Tualang, Beruas hingga memasuki beberapa rumah namun, paras air dalam keadaan terkawal.

“Pemantauan bagaimanapun terus dilakukan mengikut keadaan semasa cuaca,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

Banjir terburuk pernah berlaku, air naik hingga paras pinggang

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI