21 buah rumah musnah dalam kebakaran di Hutan Melintang

IPOH – Sebanyak 21 buah rumah serta sebuah tokong dan kedai makan musnah dalam kebakaran di Bagan Pasir Laut, Hutan Melintang, Bagan Datuk sekitar jam 4.30 pagi Sabtu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.

Sayani berkata panggilan kejadian diterima pada jam 4.52 pagi dan setibanya jentera dilokasi kejadian pada jam 5.07 pagi orang ramai sedang memadamkan kebakaran.

Katanya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang, Teluk Intan serta Pasukan Bomba Sukarela Sungai Tiang digerakkan ke lokasi.

“Ketua Operasi kemudiannya memaklumkan terdapat lebih dari lima buah rumah sedang marak terbakar.

“Kebakaran merebak dengan pantas ekoran keadaan rumah yang berhampiran dan tekanan air dari pili bomba agak rendah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sayani berkata, peratusan kemusnahan kebakaran masih dalam penilaian ketua operasi dan operasi pemadaman masih dijalankan. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI