21 Sekretariat Rakan Muda IPT di Perak perkasa aktiviti mahasiswa

IPOH – Sebanyak 21 Sekretariat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi (IPT) telah ditubuhkan di Perak sehingga tahun 2025, sebagai inisiatif berterusan untuk menghimpun bakat dan tenaga mahasiswa dalam membudayakan 10 gaya hidup Rakan Muda.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, penubuhan sekretariat itu adalah usaha Jabatan Belia dan Sukan (JBS) bagi merealisasikan pelaksanaan aktiviti belia di IPT awam dan swasta.

“Penubuhan Sekretariat Rakan Muda diharap dapat membantu memperkukuh program dan aktiviti belia di kampus selain menjadi landasan baharu bagi portfolio saya memperkasakan jajaran program di bawah jenama Rakan Muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Fiesta Rakan Muda Peringkat Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak di sini, pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Khairudin menyeru supaya kelangsungan persatuan belia diperkukuhkan melalui penubuhan kelab Rakan Muda sama ada di peringkat kawasan mahupun Parlimen.

Katanya, langkah itu penting bagi meneruskan legasi kepimpinan tunas muda belia sekali gus memperkukuh institusi persatuan belia masa kini.

“Pejabat Exco melalui JBS mengalu-alukan dan meraikan pendapat dalam membangunkan orang muda ke arah lebih komited menguasai pelbagai bidang.

“Kerajaan negeri juga sentiasa membuka ruang perbincangan untuk melestarikan idea baharu demi kemapanan belia dalam pelbagai aspek,” ujarnya

Beliau berharap pelaksanaan pelbagai aktiviti belia di negeri ini dapat melahirkan insan seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial, selain memupuk perpaduan dalam kalangan generasi muda selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, sehingga April lalu, sebanyak 119 Sekretariat Rakan Muda IPT telah ditubuhkan dan bergerak aktif di seluruh negara berbanding 89 Sekretariat Rakan Muda IPT pada tahun 2024. – MG Perak

Aktiviti Berkaitan:

KBS, UPSI anjur Debat Piala Rakan Muda 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI