217 permohonan permit bunga api, mercun diluluskan

IPOH – Polis Perak telah memproses 443 permohonan permit menjual bunga api dan mercun sehingga 22 Mac lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak 217 permohonan diluluskan manakala satu permohonan ditolak.

“Permohonan permit itu ditolak berikutan hasil semakan yang mendapati, pemohon mempunyai rekod jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Sambutan Hari Polis ke-217 peringkat negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata, baki 225 permohonan masih dalam proses semakan dan dijangka akan selesai dalam masa terdekat.

Justeru, beliau berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penjualan bunga api dan mercun tanpa permit yang sah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis siasat video tular dakwa anggota minta wang daripada warga asing

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI