22 peserta eKasih di Perak terima sumbangan motosikal

IPOH – Seramai 22 individu dalam kategori miskin dan miskin tegar yang tersenarai di bawah sistem eKasih di negeri Perak menerima sumbangan sebuah motosikal setiap seorang menerusi Inisiatif Sejahtera MADANI.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, bantuan tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan yang memberi sokongan kepada golongan itu untuk menambah baik taraf kehidupan.

sumbangan motosikal eKasih Perak Inisiatif Sejahtera MADANI, bantuan motosikal kerajaan, penerima eKasih Perak, bantuan golongan miskin Perak, program bantuan kerajaan Malaysia, ICU Jabatan Perdana Menteri
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim beramah mesra bersama penerima pada Majlis Penyerahan Motosikal di bawah Inisiatif Sejahtera Madani di Dewan Komuniti Sungai Tapah, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 MAC 2026.

“Program ini merupakan salah satu lagi inisiatif di bawah Sejahtera MADANI yang memberi bantuan berbentuk peralatan sokongan kepada penerima.

“Sebagai contoh, jika seseorang itu sakit, kita bantu dengan peralatan seperti tangki oksigen atau keperluan lain.

“Jika mereka berniaga, kita salurkan bantuan perniagaan bagi membantu mereka meneruskan aktiviti ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Motosikal Sejahtera MADANI di Dewan Komuniti Sungai Tapah, Manjoi, pada Jumaat.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim (dua, kiri) menyerahan topi keledar kepada penerima oada Majlis Penyerahan Motosikal di bawah Inisiatif Sejahtera Madani di Dewan Komuniti Sungai Tapah, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 MAC 2026.

Menurut Muhammad Kamil, bantuan itu disalurkan selepas penilaian dibuat oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri terhadap latar belakang ekonomi dan keperluan semasa penerima.

Justeru kata beliau, melalui sumbangan motosikal itu ia diharap akan memudahkan pergerakan penerima selain membantu meningkatkan mobiliti serta peluang menjana pendapatan mereka.

sumbangan motosikal eKasih Perak Inisiatif Sejahtera MADANI, bantuan motosikal kerajaan, penerima eKasih Perak, bantuan golongan miskin Perak, program bantuan kerajaan Malaysia, ICU Jabatan Perdana Menteri
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim ketika sidang media Majlis Penyerahan Motosikal di bawah Inisiatif Sejahtera Madani di Dewan Komuniti Sungai Tapah, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 MAC 2026.

“Sebahagian daripada penerima ini sebenarnya sudah mempunyai pekerjaan atau menjalankan perniagaan kecil-kecilan, namun mereka tidak mempunyai kenderaan persendirian.

“Jadi dengan bantuan motosikal ini, ia sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan pergerakan mereka, termasuk untuk menjalankan perniagaan atau bekerja,” jelas beliau.

Mengulas kemungkinan bantuan sama diperluaskan ke lokasi dan masa yang lain, Muhammad Kamil berkata, kerajaan akan terus menilai bentuk bantuan yang bersesuaian berdasarkan keperluan semasa rakyat setempat.

sumbangan motosikal eKasih Perak Inisiatif Sejahtera MADANI, bantuan motosikal kerajaan, penerima eKasih Perak, bantuan golongan miskin Perak, program bantuan kerajaan Malaysia, ICU Jabatan Perdana Menteri
22 orang peserta eKasih dari golongan miskin dan miskin tegar menerima sumbangan sebuah motosikal pada Majlis Penyerahan Motosikal di bawah Inisiatif Sejahtera Madani di Dewan Komuniti Sungai Tapah, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 MAC 2026.

Ujar beliau, pendekatan itu selari dengan dasar kerajaan yang sentiasa menyesuaikan bentuk bantuan mengikut situasi serta keperluan golongan sasar.

Tambah beliau lagi, penyerahan motosikal berkenaan juga merupakan julung kali dilaksanakan di Perak khusus kepada penerima yang berada dalam senarai eKasih.

“Kita melihat kepada apa sahaja bentuk bantuan yang diumumkan kerajaan dari semasa ke semasa. Contohnya seperti skim khairat kematian yang sebelum ini tidak ada, tetapi kini diperkenalkan.

“Oleh itu, bentuk bantuan yang diberikan tidak semestinya terhad kepada motosikal sahaja, mungkin juga dalam bentuk peralatan lain yang lebih sesuai dengan keperluan penerima,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sejati MADANI Perak mampu jana pendapatan lima angka

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI