23 aktivis GSF Malaysia dibawa keluar dari Israel, menuju ke Istanbul

KUALA LUMPUR – Seramai 23 peserta Misi Global Sumud Flotilla (GSF) Malaysia yang sedang dibawa keluar dari Israel, dijangka pulang ke tanah air malam esok atau lusa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan berita tersebut berkata, kesemua mereka yang ditahan tentera Israel sejak Khamis lalu kini dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Ramon di selatan Israel menuju ke Istanbul untuk menaiki pesawat khas Turkiye.

“Saya setuju mereka akan berlepas pulang mungkin esok malam atau lusa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika taklimat mengenai usaha pembebasan aktivis dan sukarelawan Malaysia serta Pelan Damai Gaza menerusi siasaran langsung di Facebook petang tadi.

Bagaimanapun, katanya, para sukarelawan terlibat akan berada di Istanbul satu hingga sehari setengah untuk saringan kesihatan selepas trauma dan berdepan tekanan rejim zionis yang telah bertindak agak keras terhadap mereka.

“Saya setuju mereka akan berlepas pulang (ke Malaysia) esok malam atau lusa. Itu kita sedang atur.

“Sekarang ini kita dapat berita yang sangat menyenangkan dan tentu juga dengan rundingan ini saya tidak membatasi keselamatan rakyat kita dan Turkiye.

“Kita turut membicarakan tentang semua (aktivis) termasuk Eropah, Indonesia dan negara bersama Global Sumud Flotilla (GSF),” tambah beliau.

Anwar berkata, tiga daripada 23 aktivis rakyat Malaysia yang ditahan tentera zionis itu pada mulanya enggan menandatangani arahan pengusiran dari Israel.

“Tetapi pendapat kita adalah untuk mereka supaya bersetuju dan kita bincang juga dengan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby untuk mengajak semua pulang dan kita susun strategi berikutnya,” ujar beliau.

“Alhamdulillah mereka dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Ramon. Kita doakan perjalanan mereka selamat ke Istanbul dan pulang ke Kuala Lumpur,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI