27 wanita Pulau Pangkor, Manjung sertai kursus tanam cendawan di UPM

KUALA LUMPUR – Seramai 27 peserta wanita dari komuniti Pulau Pangkor dan PUSPANITA Daerah Manjung menyertai Kursus Penanaman Cendawan di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini untuk meningkatkan pemberdayaan wanita.

Kursus Penanaman Cendawan: Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan Sosial itu melatih peserta dalam aspek teknikal pertanian moden serta keusahawanan sosial di UPM Serdang, Selangor selama tiga hari baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr Arifin Abdu berkata, peserta dibawa melawat ke Rumah Cendawan UCTC UPM, Kebun Komuniti Serdang, ladang Farm Fresh, serta menyertai dialog maklumbalas dengan fasilitator.

Katanya, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir sebelum ini menekankan agar Kementerian Pendidikan Tinggi dan semua universiti awam membuat aktiviti berdaya masyarakat melalui program Pemindahan Ilmu.

“Pemilihan UPM sebagai destinasi pemindahan ilmu dan pembimbing kursus amat selari dengan hasrat Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Farhan supaya UPM yang berpengalaman dalam penyelidikan teknologi pertanian maju selama lima dekad menyumbang usaha keterjaminan makanan kepada rakyat,” ujar Arifin.

Pengerusi Puspanita Daerah Manjung, Fariza Mohd Yusof berkata, program anjuran Pejabat Penghulu Pulau Pangkor dan PUSPANITA Daerah Manjung itu juga bertujuan untuk meningkatkan projek komuniti Kebun Komuniti Cendawan yang akan dilaksanakan di Pulau Pangkor.

“Kesemua peserta akan terlibat dalam penanaman cendawan di tapak yang telah dikenalpasti di Kampung Sungai Pinang Besar, Pulau Pangkor,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI