29 anak ular sawa ‘lepak’ dalam saluran longkang di Shah Alam

SHAH ALAM – Sebanyak 29 ekor anak ular sawa ditemukan dalam saluran longkang di sebuah restoran di Seksyen 20 di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kehadiran anak ular itu dimaklumkan menerusi panggilan telefon pada 9.56 malam tadi.

“Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota mendapati ular sawa berkenaan masih berada di dalam saluran longkang sebelum memulakan kerja mengeluarkan reptilia itu,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, anggota menggunakan alat penjerut dan berjaya menangkap 29 ekor ular terbabit.

“Ular tersebut kemudian dilepaskan di tempat yang selamat, sebelum anggota berkenaan pulang semula ke balai Bomba,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI