3 projek antara diberi teguran Ketua Audit Negara

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini membangkitkan tiga isu signifikan antaranya berkenaan pengurusan Projek Sungai Nadi Kehidupan.

Turut diberi teguran menerusi laporan itu adalah berkaitan pengurusan Program Pemerkasaan Jaringan dan Infrastruktur Telekomunikasi Jalur Lebar serta pengurusan projek dan program di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Menurut Jabatan Audit Negara, menerusi laporan itu, terdapat beberapa kelemahan yang dikesan dalam pelaksanaan aktiviti, projek dan program kerajaan yang berpunca daripada pelbagai faktor.

“Antaranya, seperti kurang pemantauan dan penyeliaan oleh pihak berkaitan, ketiadaan penyelarasan antara agensi berkenaan, ketiadaan pangkalan data yang lengkap dan kelemahan dalam polisi dan prosedur kerja.

“Kelemahan itu juga menyebabkan program, aktiviti dan atau projek tidak dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan, kualiti kerja tidak memuaskan, kos meningkat dan kerajaan tidak mendapat nilai faedah wang yang dibelanjakan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Laporan LKAN 2/2024 itu terdiri daripada dua naskhah iaitu mengenai aktiviti Kementerian, jabatan Kerajaan Persekutuan dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan serta Mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan.

Laporan penuh mengenainya boleh diakses di laman web Jabatan Audit Negara bermula pukul 10 pagi ini. – MalaysiaGazzete

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI