3,000 bungkus nasi beriani diedarkan secara percuma

IPOH – AD Catering and Canopy Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Seni Budaya Wawasan Kinta dan Kelab Belia Wawasan Kinta Perak mengedarkan 3,000 bungkusan nasi beriani secara percuma kepada penduduk di sekitar Bercham, di sini.

Pengarah AD Catering and Canopy, Siti Hajrah Mohd Yusof berkata, persiapan makanan itu bermula jam 7 pagi sehingga 4 petang, sebelum majlis penyampaian pek makanan dijalankan.

Menurut beliau, program seperti ini dilakukan pada setiap tahun dan pada tahun ini, ia merupakan penganjuran kali ketujuh.

3,000 bungkus nasi beriani diedarkan Ramadan bercham ipoh AD Catering and Canopy Siti Hajrah Mohd Yusof
Pengerusi Persatuan Seni Budaya Wawasan Kinta Mohamad Yusof (kiri) mengedarkan 3000 bungkus nasi briyani secara percuma kepada orang ramai di AD Grand Ballroom, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 APRIL 2024.

“Sebelum ini kami beri sumbangan seperti bubur untuk 1,000 orang, dan pada tahun ini kali pertama kami sumbangkan 3,000 bungkus makanan.

“Tidak kiralah orang yang datang agama apa pun, orang Cina ke, orang India ke, boleh sahaja datang kerana kita beri kepada semua,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian pek makanan di AD Grand Ballroom, di sini pada Ahad.

3,000 bungkus nasi beriani diedarkan Ramadan bercham ipoh AD Catering and Canopy Siti Hajrah Mohd Yusof percuma
Pengarah AD Catering And Canopy Sdn Bhd, Siti Hajrah Mohd Yusof di AD Grand Ballroom, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 APRIL 2024.
Pengerusi Persatuan Seni Budaya Wawasan Kinta Mohamad Yusof (kiri) mengedarkan 3000 bungkus nasi briyani secara percuma kepada orang ramai di AD Grand Ballroom, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 APRIL 2024.

Nasi beriani, lauk ayam masala beserta acar sayur menjadi menu dalam bungkusan makanan yang diedarkan kepada mereka yang hadir.

Selain itu, Siti Hajrah berkata, dia terbuka untuk bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain yang berminat untuk memberi sumbangan kepada orang ramai seperti program berkenaan.

3,000 bungkus nasi beriani diedarkan Ramadan bercham ipoh AD Catering and Canopy Siti Hajrah Mohd Yusof percuma
Orang ramai mengambil nasi briyani secara percuma anjuran Persatuan Seni Budaya Wawasan Kinta di AD Grand Ballroom, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 7 APRIL 2024.

“Kami akan teruskan program-program seperti ini kerana mendapat sambutan yang baik.  Mungkin (selepas ini) kita boleh bagi 5,000 bungkus makanan jika ramai orang nak buat sumbangan,”jelasnya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

7,000 nasi beriani licin dalam masa sejam

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI