300,000 anak yatim ditempatkan di rumah jagaan, asrama – PEYATIM

GOPENG – Dianggarkan lebih daripada 300,000 remaja dan kanak-kanak yatim piatu atau kehilangan penjaga mendapat perlindungan di rumah jagaan serta asrama anak-anak yatim seluruh negara setakat ini.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), Profesor Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata, angka anak-anak yatim yang ditempatkan di premis yang berdaftar dengan persatuan itu semakin meningkat saban tahun.

Tanpa memperincikan lebih lanjut beliau berkata, antara faktor kepada perkara itu adalah kehilangan ibu bapa disebabkan kemalangan jalan raya dan jangkitan wabak COVID-19.

PEYATIM anak yatim rumah jagaan asrama Datuk Dr Tengku Mahmud persatuan
Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), Profesor Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor pada sidang media program Semarak Kasih Muharam sempena ‘Hari Anak Yatim’ 2024 di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Dahikmah, Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JULAI 2024.

“Jumlah anak yatim dalam negara ketika ini mengalami peningkatan khususnya selepas penularan COVID-19 sebelum ini.

“Dan ekoran itu, kita tidak berkemampuan untuk mengambil anak-anak yatim dari negara lain yang sedang bermasalah (bergolak).

“Sebaliknya kita cuba untuk selesaikan dan pastikan kebajikan anak-anak yatim dalam negara diberi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Semarak Kasih Muharam sempena Hari Anak Yatim 2024 di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Dahikmah, dekat sini, pada Isnin.

PEYATIM anak yatim rumah jagaan asrama Datuk Dr Tengku Mahmud persatuan
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed ketika berucap pada program Semarak Kasih Muharam sempena ‘Hari Anak Yatim’ 2024 di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Dahikmah, Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JULAI 2024.

Program yang dirasmikan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed itu turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak, Nor Tipah Majin.

Dalam pada itu Tengku Mahmud memberitahu, peningkatan jumlah anak yatim ketika ini tidak memberi kesan mahupun menjejaskan kemasukan mereka ke rumah jagaan serta asrama sedia ada.

PEYATIM anak yatim rumah jagaan asrama Datuk Dr Tengku Mahmud persatuan
Sebahagian dari anak yatim yang hadir pada program Semarak Kasih Muharam sempena ‘Hari Anak Yatim’ 2024 di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim/Miskin Dahikmah, Gopeng. Foto ABDULLAH YUSOF, 15 JULAI 2024.

Jelas beliau, setakat ini sebanyak 72 rumah jagaan dan asrama anak yatim di seluruh negara yang telah berdaftar dengan PEYATIM.

Dalam perkembangan sama Tengku Mahmud memaklumkan, PEYATIM juga kini sedang giat memperkasakan bidang pendidikan kepada anak yatim melalui Kolej Teknologi Bestari (KTB) yang terletak di Hulu Terengganu dan Ampang, Selangor.

“Setakat ini PEYATIM kami telah melahirkan 12,000 anak yatim yang berjaya yang mana 1,000 daripadanya terlibat dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” ujarnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

50 anak yatim, kurang berkemampuan terima baju raya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI