31,411 SPM calon di Perak, tujuh duduki di hospital

IPOH – Seramai 31,411 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di seluruh Perak menduduki peperiksaan bertulis di 323 pusat peperiksaan di seluruh negeri ini bermula 30 Januari sehingga 7 Mac depan.

Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson berkata, daripada jumlah itu sebanyak 27,873 calon melibatkan pelajar dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Menurutnya, sebanyak, 1,332 calon sekolah dari Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Maktab Tentera Diraja dan sekolah perintis tentera meduduki peperiksaan tersebut.

31,411 SPM di Perak, tujuh duduki di hospital
Pelajar berbaris Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan bebaris sebelum memasuki dewan sempena hari pertama peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, pada Selasa. Foto: ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 JANUARI 2024.

“Calon sekolah agama negeri seramai 83 orang, calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan adalah seramai 283 orang dan calon sekolah menengah agama rakyat membabitkan 546 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan, di sini, pada Selasa. Hadir sama, Pengetua SMK Raja Perempuan, Wiza Rozaharin Mohamed Radzi.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Fauzi berkata, jumlah calon berkeperluan pendidikan khas (CBPK) meningkat kepada 119 calon berbanding 108 pada tahun lalu.

31,411 SPM di Perak, tujuh duduki di hospital
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan sempena berkumpul sebelum memasuki dewan sempena hari pertama peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, pada Selasa. Foto: ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 JANUARI 2024.

Katanya, CBPK tersebut melibatkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, kurang upaya pelbagai, pertuturan, fizikal, pendengaran dan penglihatan.

Tambahnya, peperiksaan ini turut membabitkan tujuh calon SPM yang menduduki peperiksaan di hospital akibat masalah kesihatan.

“Seramai tujuh orang calon SPM di hospital termasuk yang mengalami kecederaan, kemalangan dan sebagainya.

“Tiga calon di Hospital Raja Permaisuri Bainun manakala masing-masing satu calon di Hospital Batu Gajah, Hospital KPJ Ipoh, Hospital Kuala Kangsar dan Hospital Taiping,” katanya.

31,411 SPM di Perak, tujuh duduki di hospital
Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson pada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan sempena hari pertama peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, pada Selasa. Foto: ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 30 JANUARI 2024.

Sementara itu, bagi memastikan peperiksaan SPM ini berjalan lancar seramai 2,399 petugas telah dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dan daripada jumlah tersebut 112 adalah penyelia kawasan, ketua pengawas (323), timbalan ketua pengawas (323) dan pengawas (1,641).

“Pada tahun ini JPN Perak telah melantik 430 pengawas sukarelawan dalam kalangan orang awam untuk memenuhi kuota 25 peratus daripada jumlah keseluruhan 2,399 petugas,” jelasnya.

Terdahulu, seramai 126 pelajar SMK Raja Perempuan mengadakan majlis bacaan Yasin dan bersalaman dengan guru sebelum memasuki dewan peperiksaan bagi menjawab kertas Bahasa Melayu Kertas 1. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Saarani sertai solat hajat calon SPM, STPM, STAM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI