31,705 calon SPM 2024 di Perak

IPOH – Seramai 31,705 orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan memulakan sesi peperiksaan bertulis di Negeri Perak bermula 2 Januari hingga 6 Februari depan.

Pengarah Pendidikan Negeri, Safuan Raba’ai berkata, daripada jumlah itu seramai 27,942 calon terdiri daripada Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Katanya, calon daripada sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan (KPM) seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Sekolah Perantis Tentera berjumlah 1,358, manakala sekolah menengah agama negeri seramai 65 calon.

Calon SPM perak sekolah KPM Safuan JPN pendidikan
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika hadir untuk menduduki peperiksaan bertulis SPM 2024 yang bermula hari ini sehingga 6 Feb depan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 JANUARI 2025.

“Jumlah tersebut juga meliputi calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM seramai 287 orang, calon persendirian seramai 1,562 orang dan baki seramai 491 orang adalah calon dari Sekolah Menengah Agama Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh meninjau perjalanan hari pertama peperiksaan bertulis SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampong Pasir Puteh dekat sini, pada Khamis.

Calon SPM perak sekolah KPM Safuan JPN pendidikan
Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Safuan Raba’ai. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 JANUARI 2025.

Hadir sama, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Jenny Choi Tsi Jen; Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How; serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari.

Selain itu, Safuan memberitahu, Perak juga mempunyai Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) iaitu seramai 135 orang, berbanding 119 orang bagi SPM tahun 2023.

Menurut beliau, daripada enam kategori yang berdaftar, seramai 62 orang CBPK adalah kategori Masalah Pembelajaran, enam orang calon Kurang Upaya Pelbagai serta Kurang Upaya Fizikal (35).

Calon SPM perak sekolah KPM Safuan JPN pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh menyantuni calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Pasir Puteh, Ipoh yang hadir untuk menduduki peperiksaan bertulis SPM 2024 yang bermula hari ini sehingga 6 Feb depan. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 JANUARI 2025.

Kata beliau lagi, seramai lapan calon CBPK adalah bagi kategori Kurang Upaya Pendengaran sementara Kurang Upaya Penglihatan (22).

Tambah Safuan, seramai 2,755 petugas daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) telah dilantik Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi membantu kelancaran perjalanan SPM di 323 pusat peperiksaan seluruh negeri.

“Jumlah tersebut merangkumi seramai 112 penyelia kawasan, 323 ketua pengawas, 323 timbalan ketua pengawas dan 1,997 pengawas.

“Bermula tahun 2023, KPM buat pertama kalinya membuka permohonan bagi pelantikan pengawas peperiksaan SPM 2023 kepada orang awam melalui JPN.

“Oleh itu, JPN Perak telah melantik seramai 390 pengawas sukarelawan bagi peperiksaan SPM 2024,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Peperiksaan SPM 2024 bermula 2 Disember ini, libat 402,956 calon

Jelajah Nyalaan Bara Api Cikgu Saarani bantu calon SPM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI