3,266 rumah siap dibina di Perak belum terjual – Sandrea

IPOH – Sebanyak 3,266 unit rumah siap dibina di Perak direkodkan masih belum terjual setakat ini, menurut data dikeluarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, susulan itu agensi yang terlibat sedang menggiatkan usaha bagi memperhalusi semula strategi pembangunan perumahan agar memenuhi keperluan sebenar rakyat di negeri ini.

Katanya, namun situasi rumah tidak terjual itu bukan semata-mata berpunca daripada isu harga, sebaliknya turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti lokasi, demografi, pinjaman bank, dan sebagainya.

rumah belum terjual Perak 🟨 Related Keyphrase: Sandrea Ng Shy Ching, rumah mampu milik Perak, NAPIC, pasaran hartanah Perak, rumah tidak terjual, LPHP Perak, MAPEX Perak, pembangunan perumahan, REHDA Perak
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching ketika sidang media pada Majlis Perasmian Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) Perak Tahun 2025 anjuran Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Perak di Pusat Membeli-Belah Ipoh Parade, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 NOVEMBER 2025.

“Wujud situasi di mana ramai yang ingin dan berkemampuan untuk memiliki rumah, namun kediaman yang didapati dikatakan tidak benar-benar sesuai.

“Oleh sebab itu ia menjadi antara punca mengapa masih ada rumah yang siap dibina tetapi tidak terjual. Jadi penyelarasan dan ‘matching’ antara penawaran dengan permintaan itu sangat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) Perak Tahun 2025 anjuran Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Perak di Pusat Membeli-Belah Ipoh Parade, pada Sabtu.

Mengulas lanjut Sandrea berkata, berdasarkan kaedah pengiraan NAPIC, sesuatu unit kediaman dikategorikan sebagai tidak terjual apabila ia masih belum dibeli selepas enam bulan dilancarkan ke pasaran.

Namun ujar beliau, angka 3,266 unit itu tidak semestinya menggambarkan bahawa rumah itu tidak mendapat sambutan, kerana kadar jualan sesuatu projek boleh bergantung kepada pelbagai keadaan di lapangan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching ketika sesi bergambar pada Majlis Perasmian Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) Perak Tahun 2025 anjuran Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Perak di Pusat Membeli-Belah Ipoh Parade, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 NOVEMBER 2025.

“Sebagai contoh, bagi projek berskala besar, kadar jualannya mungkin tidak begitu pantas kerana melibatkan fasa pembangunan yang panjang.

“Selain itu, wujud juga situasi di mana kajian demografik projek tersebut kurang menepati sasaran di pasaran,” jelasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, Sandrea berkata, kerajaan negeri mengekalkan sasaran untuk membina 57,000 unit rumah mampu milik di seluruh Perak menjelang tahun 2030.

rumah belum terjual Perak 🟨 Related Keyphrase: Sandrea Ng Shy Ching, rumah mampu milik Perak, NAPIC, pasaran hartanah Perak, rumah tidak terjual, LPHP Perak, MAPEX Perak, pembangunan perumahan, REHDA Perak
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching melawat reruai pameran Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) Perak Tahun 2025 anjuran Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Perak di Pusat Membeli-Belah Ipoh Parade, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 01 NOVEMBER 2025.

Kata beliau, kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) sentiasa menambah baik strategi pelaksanaan sasaran berkenaan melalui perancangan jangka pendek dan panjang supaya ia dapat dicapai secara berperingkat.

“Usaha ini memang satu cabaran besar kerana pembinaan rumah mampu milik bukan mudah. Sebab itu kita ‘war-warkan’ angka sasaran ini supaya pihak swasta dan agensi kerajaan lain turut terlibat dalam perancangan ini,” katanya.

Mengulas tentang program Sandrea berkata, pengajuran MAPEX Perak pada tahun ini disertai oleh lebih daripada 23 pemaju hartanah yang menawarkan lebih 6,200 unit rumah.

Kata beliau ia melibatkan jumlah Nilai Pembangunan Kasar hampir RM3.2 bilion yang merangkumi pelbagai segmen harga antara RM170,520 hingga RM1 juta. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Jumlah rumah tidak terjual di Perak menurun -Exco

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI