350 pelajar SMK Buyong Adil sertai program Jiwa@Merdeka

TAPAH – Kira-kira 350 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan empat , Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Buyong Adil di sini terlibat dalam program Jiwa@Merdeka sempena sambutan bulan kebangsaan baru-baru ini.

Program tersebut adalah anjuran Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang dengan kerjasama Kelab Malaysiaku sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Ruslan Khalid berkata, tujuan program ini diadakan bagi menyemarakkan lagi bulan kemerdekaan serta menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, antara pengisian yang diadakan sepanjang program berlangsung adalah lafaz Ikrar Rukun Negara oleh S Tirunaavukarasu, ceramah kemerdekaan, nyanyian lagu patriotik 31 Ogos, kuiz kenegaraan dan penyerahan Jalur Gemilang.

“Kami sangat menghargai usaha yang dilbuat oleh Jabatan Penerangan kerana program seumpama ini dapat melahirkan rasa cinta negara dalam diri pelajar generasi selepas merdeka,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Penerangan Daerah Batang Padang Suriani Ghazali pula menyeru pelajar supaya dapat menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengibarkan Jalur Gemilang di setiap kediaman sejajar dengan inisiatif kerajaan, Satu Rumah Satu Bendera.

Beliau berkata, menerusi Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang, mereka turut mempromosikan tema Bulan Kebangsaan tahun 2024 iaitu Malaysia Madani Jiwa Merdeka di sekolah tersebut. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Cadang bina galeri khas VAT 69 Komando di Lenggong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI