399 pesara kerajaan negeri Perak terima insentif

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyalurkan insentif berjumlah RM1.65 juta kepada 399 pesara kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri yang bersara dalam tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2024.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemberian insentif dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) itu sebagai tanda penghargaan serta simbolik penghormatan atas jasa serta sumbangan pesara terhadap pentadbiran dan pembangunan negeri.

“Sebentar tadi, kita menyaksikan penyampaian insentif kepada 10 orang wakil pesara sebagai simbolik penghargaan kepada keseluruhan 399 pesara.

“Sebagai menghargai khidmat bakti mereka, setiap pesara layak menerima insentif dalam bentuk SSP dengan jumlah keseluruhan bernilai RM1,650,200,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Kelima Tahun 2025 di Stadium Indera Mulia, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

399 pesara kerajaan negeri Perak terima insentif
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan sijil penghargaan dan insentif kepada pesara penjawat awam pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri Kelima Tahun 2025 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 JULAI 2025.

Tambah Saarani, langkah ini mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap kebajikan penjawat awam yang telah menyumbang bakti kepada negeri ini.

“Kerajaan negeri sentiasa mengiktiraf dan menghargai sumbangan pesara yang merupakan tulang belakang kepada pentadbiran negeri sepanjang perkhidmatan mereka,” jelasnya.

Kriteria ditetapkan bagi pemberian insentif ini adalah pesara kumpulan pengurusan dan professional yang telah berkhidmat 15 tahun dan lebih serta pesara kumpulan pelaksana yang telah berkhidmat 20 tahun dan lebih.

Perkhidmatan dikira secara terkumpul dalam Perkhidmatan Awam Negeri Perak dan perlu berusia 50 tahun ke atas.

Selain itu, kerajaan negeri turut menyampaikan cenderamata persaraan sebanyak RM600 seorang kepada semua pesara termasuk pesara yang tidak layak menerima insentif kerana tempoh berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri Perak kurang daripada kriteria yang telah ditetapkan.

Dua kategori penerima tersebut adalah pesara yang layak akan menerima insentif dan cenderamata persaraan berjumlah RM4,600 dan pesara yang tidak layak akan menerima cenderamata persaraan berjumlah RM600. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

HBP diteruskan demi rakyat meskipun kehadiran ‘merosot’ MB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI