4 filem Malaysia tersenarai dalam AIFFA tahun ini

KUALA LUMPUR – Sebanyak empat filem Malaysia berjaya tersenarai di Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2025.

Menurut pengarah festivel berkenaan, Livan Tajang, filem yang tersenarai menerusi beberapa kategori adalah Abang Adik, Babah, Reversi dan Simple Manusan.

“Tahun ini, kita membuka penyertaan kepada negara-negara ASEAN. Kita terima 200 penyertaan. Ini adalah rekod baharu sebab dulu tak pernah sampai sebanyak itu,” katanya menerusi kenyataan.

Pelancalonan tersebut meletakkan Malaysia antara pencabar Utama alam pertandingan karya filem itu kali ini.

Sebagai rekod, AIFFA 2025 yang bermula pada Rabu lalu akan menyaksikan pengumuman putusan ada malam ini yang berlangsung di Kuching, Sarawak.

Sebagai rekod, filem Abang Adik menerima pencalonan dalam kategori Lakon Layar Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Wu Kang-Ren, Pengarah Terbaik (Jin Ong) dan Filem Terbaik.

Filem Babah pula tersenarai dalam kategori Suntingan Filem Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Sweet Qismina dan Pelakon Lelaki Terbaik (Qi Razali).

Manakala filem Reversi mendapat pencalonan bagi kategori Suntingan Filem Terbaik, sementara filem Simple Manusan tercalon dalam Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Mogan Chandra Dass.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI