40 masjid, surau di Parlimen Batu Gajah terima sumbangan RM5,000

BATU GAJAH – Lebih RM200,000 disumbangkan Ahli Parlimen Batu Gajah, Dr V. Sivakumar, kepada 40 buah masjid dan surau di sini, bersempena bulan Ramadan kali ini.

Penyerahan sumbangan berbuka puasa bulan Ramadan kepada surau dan masjid di Parlimen Batu Gajah itu, bertujuan mengimarahkan sambutan bulan mulia yang diraikan umat Islam.

Menurut Sivakumar, sumbangan berkenaan merupakan inisiatif yang dimulakan beliau sejak 2023 dengan setiap masjid dan surau di kawasan berkenaan menerima sekurang-kurangnya RM5,000.

“Ini bukanlah sumbangan pertama saya kepada masjid dan surau di Parlimen Batu Gajah kerana ia bermula pada 2023 melibatkan 30 buah masjid dan surau.

Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar ketika sidang media pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Kepada Surau dan Masjid Kawasan Parlimen Batu Gajah Bersempena Ramadan di Dewan Bandaran Kinta, Batu Gajah, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 FEBRUARI 2026.

“Namun jumlah berkenaan ditambah kepada 40 buah masjid dan surau yang menerima sumbangan sekurang-kurangnya RM5,000 termasuk beberapa agensi kerajaan yang mempunyai surau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sumbangan Berbuka Puasa Bulan Ramadan Kepada Surau Dan Masjid Kawasan Parlimen Batu Gajah di Dewan Bandaran Kinta, di sini, pada Sabtu.

Tambahnya, inisiatif berkenaan akan diteruskan setiap tahun dalam memeriahkan sambutan Ramadan di parlimen yang disandangnya itu.

Sivakumar berkata, kira-kira 350 orang terdiri daripada ahli jawatan kuasa masjid dan surau hadir pada majlis penyerahan dan berbuka puasa pada Sabtu. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI