41 PATI lolos berjaya ditahan setakat hari keempat Op Kesan

TAPAH – Seramai 41 daripada 131 pendatang tanpa izin (PATI) warga asing yang meloloskan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor berjaya ditangkap pihak berkuasa setakat hari keempat Op Kesan.

Ketua Polis Daerah Tapah Superitendan Mohd Naim Asnawi berkata, tangkapan terakhir setakat ini merupakan dua PATI dipercayai etnik Rohingya yang ditahan pada jam 8.40 malam tadi.

“Jumlah terkini tangkapan sejak hari pertama adalah seramai 41 orang di mana tangkapan terakhir pada malam tadi adalah hasil tindakan pantas peronda kenderaan pelbagai guna (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

“Seramai dua lelaki Rohingya berjaya di tangkap atas maklumat awam pada malam tadi di Kampung Ampang, Kuala Woh pada jam 8.30 malam,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

13 daripada 131 lelaki warga dari Myammar termasuk etnik Rohingya yang merusuh dan meloloskan diri dari Blok Lelaki Depot Imigresen Sementara Bidor, ditemui sekitar jam 8:50 malam pada Sabtu di Ladang Jambu, Kampung Senta, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

Semalam Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, baki PATI warga asing yang masih bebas selepas lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor Khamis lalu masih berada di dalam hutan sekitar Tapah dan Bidor.

Beliau juga turut memaklumkan kesemua tangkapan yang dibuat dalam Ops Kesan itu hasil gerakan pencarian polis dan juga hasil maklumat orang ramai.

“Pihak polis percaya ke semua yang melarikan diri masih berada di hutan serta kampung sekitar kawasan Tapah dan Bidor.

“Polis Perak ingin menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang akan menyukarkan lagi situasi semasa,” katanya dalam satu kenyataan,” katanya.

MG Perak pada Khamis melaporkan 131 PATI berjaya meloloskan diri dari blok lelaki depot itu dengan seorang daripada mereka dilaporkan meninggal dunia dalam nahas jalan raya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Baki PATI lolos depot berada dalam hutan Tapah dan Bidor

32 warga asing berjaya ditahan hari ketiga Op Kesan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI