423 mangsa banjir di Perak berlindung di PPS

IPOH – Seramai 423 orang terpaksa menyambut tahun baharu 2025 di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kawasan penempatan mereka di Daerah Muallim terjejas banjir, setekat tengah hari Rabu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, daripada jumlah itu seramai 402 mangsa daripada 79 keluarga dari Kampung Chinggong ditempatkan di PPS Dewan Kampung Orang Asli Chinggung.

Katanya, sementara 21 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Sungai Sekiah ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah.

Mangsa banjir perak Muallim keluarga terjejas sungai

Mangsa banjir di Daerah Muallim yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). foto APM PERAK

“Setakat pagi tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan Muallim dijangka mengalami cuaca hujan dan ribut pada sebelah petang sehingga malam.

“Situasi sama juga diramalkan berlaku di Hilir Perak, Kinta, Kampar dan Batang Padang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Dalam pada itu katanya lagi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak pula merekodkan aras air di Sungai Bernam di Muallim kembali pada aras normal 28.84 meter, selepas berada pada tahap bahaya pada awal pagi tadi.

“Aras air di Sungai Bidor di Hilir Perak berada pada tahan amaran selepas mencatatkan bacaan 3.24 meter dan Sungai Perak di Hulu Perak para aras waspada (165.47 meter),” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

UPSI sumbang 50 kotak makanan kepada mangsa banjir

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI